Sistem Pendaftaran Bersepadu Penjaja Dan Peniaga Kecil (DATAPPK)
MENYATU DATA JALUR KEJAYAAN
Kemas-kini maklumat perniagaan anda setiap masa
Dapatkan Sijil DataPPK serta merta selepas pendaftaran
Perkhidmatan Latihan dan lesen niaga
Kad QR ID Digital
Peluang Tapak Perniagaan
Ikuti Sesi Perkongsian Ilmu Percuma
Maklumat Terkini
GERAN MESIN NOTIFIKASI QR PAY BSN PERCUMA!
Pelancaran kecil Sabahan 4 Sabah (S4S) Simkad
Pasar Sembang Kinabalu - Projek Pasar 2024
Datappk adalah sistem pangkalan data bersepadu yang direka khas untuk peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah. Sistem ini menyediakan kemudahan pendaftaran peniaga sama ada sebagai individu atau sebagai ahli persatuan/koperasi. Setelah berdaftar, peniaga boleh mengakses laman web Datappk untuk mengemaskini maklumat perniagaan mereka dan mendapatkan sijil pengesahan dari Datappk. Sistem ini juga memudahkan pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah untuk mendapatkan data peniaga tempatan yang terkini dan tepat untuk tujuan pentadbiran.
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil di Sabah adalah ketiadaan pangkalan data bersepadu yang boleh menyediakan maklumat lengkap dan terperinci mengenai jumlah, profil, dan isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Data yang sedia ada sekarang adalah tidak lengkap, tidak konsisten, dan tidak dikemas kini kerana ia disimpan mengikut daerah dan persatuan yang berbeza-beza. Ini menyukarkan pihak berwajib untuk menyalurkan bantuan yang sesuai dan tepat kepada peniaga-peniaga yang memerlukan. Datappk adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan sistem pangkalan data bersepadu yang boleh diakses oleh peniaga-peniaga kecil di Sabah. Datappk dibangunkan oleh pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan peniaga dan sukarelawan yang berdedikasi untuk mengumpulkan data peniaga dari pelbagai sumber seperti tamu-tamu, pejabat daerah, dan media sosial. Dengan Datappk, peniaga-peniaga kecil di Sabah boleh mendaftar sebagai ahli, mengemaskini maklumat perniagaan mereka, dan mendapatkan sijil pengiktirafan dari Datappk
Datappk adalah komuniti peniaga-peniaga kecil di Sabah yang mempunyai sistem pangkalan data bersepadu. Dengan mendaftar sebagai ahli Datappk, peniaga boleh menggunakan aplikasi Rikod untuk menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan mudah melalui telefon pintar. Datappk juga membantu persatuan dan koperasi peniaga untuk mendapatkan data ahli persatuan yang terperinci dan boleh dipercayai. Selain itu, Datappk menawarkan perkhidmatan konsultasi dan bantuan digitalisasi perniagaan untuk meningkatkan daya saing peniaga-peniaga kecil di Sabah.
Dapatkan Cenderamata Datappk
Pelbagai Barangan untuk anda beli dengan melayari laman dagang rasmi Datappk