DataPPK

Sistem Pendaftaran Penjaja dan Peniaga Kecil Bersepadu Sabah

Datappk G3pns

Maklumat Terkini

Bsn QR

GERAN MESIN NOTIFIKASI QR PAY BSN PERCUMA!

lesen Niaga

Perkhidmatan Konsultasi & Naik Taraf Lesen Niaga

Pasar Sembang Kinabalu

Pasar Sembang Kinabalu - Projek Pasar 2024

DataPPK

Pengenalan

Datappk adalah sistem pangkalan data bersepadu yang direka khas untuk peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah. Sistem ini menyediakan kemudahan pendaftaran peniaga sama ada sebagai individu atau sebagai ahli persatuan/koperasi. Setelah berdaftar, peniaga boleh mengakses laman web Datappk untuk mengemaskini maklumat perniagaan mereka dan mendapatkan sijil pengesahan dari Datappk.

Sistem ini juga memudahkan pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah untuk mendapatkan data peniaga tempatan yang terkini dan tepat untuk tujuan pentadbiran.

Masalah & Penyelesaian

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil di Sabah adalah ketiadaan pangkalan data bersepadu yang boleh menyediakan maklumat lengkap dan terperinci mengenai jumlah, profil, dan isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Data yang sedia ada sekarang adalah tidak lengkap, tidak konsisten, dan tidak dikemas kini kerana ia disimpan mengikut daerah dan persatuan yang berbeza-beza. Ini menyukarkan pihak berwajib untuk menyalurkan bantuan yang sesuai dan tepat kepada peniaga-peniaga yang memerlukan.

Datappk adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan sistem pangkalan data bersepadu yang boleh diakses oleh peniaga-peniaga kecil di Sabah. Datappk dibangunkan oleh pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan peniaga dan sukarelawan yang berdedikasi untuk mengumpulkan data peniaga dari pelbagai sumber seperti tamu-tamu, pejabat daerah, dan media sosial. Dengan Datappk, peniaga-peniaga kecil di Sabah boleh mendaftar sebagai ahli, mengemaskini maklumat perniagaan mereka, dan mendapatkan sijil pengiktirafan dari Datappk.

Keistimewaan menjadi ahli Datappk

Datappk adalah komuniti peniaga-peniaga kecil di Sabah yang mempunyai sistem pangkalan data bersepadu. Dengan mendaftar sebagai ahli Datappk, peniaga boleh menggunakan aplikasi Rikod untuk menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan mudah melalui telefon pintar. Datappk juga membantu persatuan dan koperasi peniaga untuk mendapatkan data ahli persatuan yang terperinci dan boleh dipercayai. Selain itu, Datappk menawarkan perkhidmatan konsultasi dan bantuan digitalisasi perniagaan untuk meningkatkan daya saing peniaga-peniaga kecil di Sabah.

Kerjasama korporat

Pihak Datappk sentiasa ingin berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk membantu peniaga Sabah. Pada masa ini, Datappk sudahpun bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti KUSKOP dan Pejabat Daerah, NGO seperti G3PNS, dan persatuan peniaga. 

Keahlian DataPPK

Semak keahlian

Kemas-kini maklumat perniagaan anda setiap masa

Dapatkan Sijil DataPPK serta merta selepas pendaftaran

Perkhidmatan Latihan dan lesen niaga

Kad QR ID Digital

Peluang Tapak Perniagaan

Ikuti Sesi Perkongsian Ilmu Percuma

Dapatkan Cenderamata DataPPK

Pelbagai Barangan untuk anda beli dengan melayari laman dagang rasmi Datappk

Rakan Strategik
Terima Kasih
Mobirise Website Builder
Mobirise Website Builder
Mobirise Website Builder
Maklumat Perhubungan

Admin Perlesenan &  Latihan

016-269 2990

Admin Bantuan Teknikal & Digital

016-842 4993

Admin Bantuan Program & Geran

010-826 2990

"Menyumbang kepada pengembangan ekonomi setempat"
SABAH MAJU JAYA

© 2024 Datappk. Tertakluk kepada Terma & Syarat